Sempena Rabiulawal, Salurkan Infaq Korporat Atas Nama Syarikat & Bantu Bina Rumah Allah
Abadikan sebahagian rezeki syarikat sebagai amal jariah yang terus memberi manfaat untuk generasi akan datang.
“Legasi sebenar bukan sekadar apa yang kita tinggalkan, tetapi manfaat yang terus mengalir selepas kita tiada.”
Bayangkan, jumlah penduduk yang semakin bertambah.Tetapi, masih lagi tiada masjid sendiri. Taman Scientex Senai merupakan sebuah pembangunan seluas 250 ekar yang merangkumi 9 kawasan perumahan baharu dengan keseluruhan 1,997 unit rumah, dan kepadatan penduduk Muslim dijangka meningkat mendadak dalam masa terdekat seiring pembangunan hab industri di kawasan ini.
Namun sehingga kini penduduk Muslim setempat hanya bergantung kepada sebuah surau kecil untuk menunaikan solat Jumaat, dalam keadaan jumlah jemaah yang semakin ramai dan ruang yang semakin tidak mencukupi.
“Barang siapa yang membangun masjid, walaupun sebesar sarang burung, Allah membangunkan untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
8,000,000
3,805,548.72
4,194,451.28
8,000,000
3,805,548.72
4,194,451.28
Kenapa Kita Perlu Berinfaq untuk
Masjid Taman Scientex Senai
Ribuan Umat Islam Di Sini. Ke Mana Mereka Harus Pergi Untuk Beribadah?
Di tengah-tengah Taman Scientex Senai dan kawasan sekitarnya, hampir 4,000 umat Islam menetap dan beribadah.
Setiap hari, bilangan ini terus bertambah seiring pertumbuhan perumahan dan industri. Namun, tanpa sebuah masjid yang mencukupi, keperluan asas ibadah berjemaah masih belum dapat dipenuhi dengan sempurna.
Jarak Masjid Terlalu Jauh, Ibadah Jadi Terbatas
Masjid terdekat terletak sejauh 6 hingga 13 kilometer dari rumah penduduk. Bagi sesetengah orang, jarak ini mungkin kelihatan dekat, namun bagi warga emas yang uzur, anak-anak kecil dan ibu bapa yang keletihan, ia sering menjadi sebab langkah ke masjid terhenti.
Setiap kali masuk waktu Subuh yang dingin, Maghrib yang singkat dan Isyak yang gelap, ramai hanya mampu menunaikan solat di rumah, bukan kerana tidak cinta masjid, tetapi kerana masjid terlalu jauh untuk dicapai.
“ Ya Allah Yang Maha Pemurah, terimalah infaq yang dihulurkan dengan penuh keikhlasan. Kurniakanlah kepada para penyumbang keberkatan umur, keluasan rezeki dan ketenangan hati. Jadikanlah infaq ini sebagai amal jariah yang berterusan, pemberat timbangan kebaikan, serta sebab turunnya rahmat dan keampunan-Mu di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
“Harta di tangan kita akan lenyap, tetapi infaq yang kita lepaskan kerana Allah akan hidup selamanya, mengalir sebagai pahala setiap kali azan berkumandang, setiap kali sujud dilakukan, dan setiap kali masjid ini dimakmurkan.”

Lakaran 3D Pembinaan Masjid Taman Scientex Senai
Surat Kebenaran Kutipan Derma


Infaq Korporat RM50,000 Ke Atas, Syarikat Anda Bakal Menerima Penghargaan Eksklusif
Infaq Korporat RM50,000 Ke Atas,
Syarikat Anda Bakal Menerima
Penghargaan Eksklusif Berikut
AYUH INFAQ SEKARANG

5511 0086 3058
Pembinaan Masjid Taman Scientex Senai
Maklumat Scan DuitNow QR untuk Infaq:

Fadhilat Berinfaq Untuk Pembinaan Masjid Taman Scientex Senai
Pahala Yang Terus Hidup
Setiap infaq yang dihulurkan akan mengalir sebagai pahala selagi masjid ini dimakmurkan, setiap kali azan dilaungkan, solat didirikan dan Al-Quran dibaca, walaupun selepas kita kembali kepada Allah.
Janji Syurga Dari Allah
Mereka yang menyumbang kepada pembinaan masjid dijanjikan ganjaran yang besar di sisi Allah, berupa kediaman yang kekal dan lebih indah di syurga sebagai balasan atas keikhlasan.
Rezeki Yang Diganti Berlipat Ganda
“Apapun harta yang kalian infaqkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki” (Surah Saba’ : 39)




