Taman Scientex Senai merupakan kawasan pembangunan seluas 250 ekar yang merangkumi 9 kawasan perumahan baharu dengan keseluruhan 1,997 unit rumah.
Hampir 4,000 penduduk Muslim menetap di kawasan ini dan jumlahnya dijangka terus bertambah seiring perkembangan kawasan perumahan dan industri.
Namun sehingga kini, penduduk Muslim di sini masih belum mempunyai sebuah masjid sendiri.
Masjid Taman Scientex Senai amat diperlukan bagi menyediakan ruang yang lebih selesa untuk solat berjemaah, solat Jumaat, kelas al-Quran dan pelbagai aktiviti keagamaan.









